KOTA KINABALU : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabahn(SPANS) menerima kira-kira 500,000 permohonan bagi pengisian jawatan pada tahunn2025.
nn
Pengerusi SPANS, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, jumlah itunmelibatkan dua siri pengambilan yang mana siri pertama menerima kira-kiran230,000 permohonan manakala siri kedua menerima lebih 150,000 permohonan.
nn
“Apabila kita mengiklankan jawatan-jawatan kosong, bilangannpermohonan yang diterima amat menggalakkan. Secara keseluruhan, jumlahnpermohonan yang diterima hampir 500,000.
nn
“Manakala dari segi lantikan kita melihat kepadankeperluan. Jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian akan kemukakan kepadanSPANS jawatan kosong yang perlu diisi dan SPANS akan iklankan,” katanyanketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri,nTun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
nn
Menurut Sukarti, kunjungan berkenaan merupakan kunjunganntahunan yang bertujuan untuk menyerahkan laporan tahunan aktiviti SPANSnsepanjang tahun lalu.
nn
Sementara itu, beliau memaklumkan SPANS turut terlibat dalamnpelbagai program antaranya menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya-suruhanjayanPerkhidmatan Awam seluruh Malaysia pada tahun lepas.
nn
“SPANS juga dijadual menghadiri pertemuan bersamanSuruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan negeri-negeri lain pada Julai ininbagi berbincang dan berkongsi pengalaman tentang pengurusan sumber manusia dinnegeri masing-masing.
nn
“Selain itu, ahli-ahli SPANS juga aktif kendaerah-daerah bagi menjalankan sesi temu duga untuk pengisian jawatan yangndiiklankan dari semasa ke semasa,” ujarnya.
nn
Hadir sama, ahli-ahli SPANS, Datuk Awang Jami @ AwangnShamsi, Datuk Janet Chee, Datuk Idrus Shafie, Datuk Iman Ali, Datuk Patrick Tanndan Ariffin Gadait.
