![]() |
| Jennitah ketika ditemui media. |
KOTA KINABALU: Seramai 30 penulis dan karyawan bakalnmenerima pengiktirafan melalui Hadiah Sastera Sabah pada Malam Anugerah PenanKinabalu (MAPENA).
nn
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah,nJennitah Noordin berkata, majlis yang akan diadakan pada 11 September sebagainusaha menghargai karya kreatif serta menyokong perkembangan dunia sastera dinnegeri ini.
nn
“Penyampaian Hadiah Sastera Sabah melibatkan 10nkategori dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM37,000.
nn
“Antara kategori yang dipertandingkan ialah novelndewasa, novel remaja, novel kanak-kanak, kumpulan cerpen, kumpulan eseinkritikan, buku bergambar kanak-kanak, eceran puisi, eceran cerpen, eceran eseinkritikan sastera dan eceran drama pentas.
nn
“Selain itu, pada majlis itu juga akan disampaikannAnugerah Sastera Negeri Sabah Ke-5 yang merupakan pengiktirafan tertingginkepada tokoh sastera negeri,” katanya semasa ditemui media selepasnkunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Selasa.
nn
Menurut Jennitah, penerima Anugerah Sastera Negeri SabahnKe-5 akan menerima wang tunai RM30,000, selain karya mereka diberi keutamaannuntuk diterjemahkan ke dalam bahasa asing bagi memperluaskan penyebaran dannpengiktirafan di peringkat antarabangsa.
nn
Turut hadir, Timbalan Pengarah I DBP, Julianah Kuli dannTimbalan Pengarah II DBP, Zaidi Ismail.
