KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menzahirkan penghargaan atas
kunjungan serta komitmen komuniti Eko-Pelancongan Mukim Kibbas-Tambiau dalam memperkukuh pembangunan eko-pelancongan yang berpotensi memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Pengerusinya, Jubair Juhinin berkata, sokongan terutama dalam aspek infrastruktur dan kemudahan berkaitan amat penting bagi membolehkan komuniti memperkasakan potensi eko-pelancongan setempat.
“Sokongan Kerajaan Negeri Sabah diharapkan dapat terus diperkukuh bagi membantu membangunkan sektor eko-pelancongan di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengetuai kunjungan komuniti ke pejabat Menteri Kewangan, di sini, hari ini.
Menurut Jubair, kerjasama yang terjalin diharap dapat terus diperkukuh bagi membangunkan lebih banyak produk eko-pelancongan dan hasil tempatan yang berdaya saing, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk.