Gala Nite: Wanita Inspirasi 2025 raikan kejayaan wanita Sabah

Dg Khatijah(tengah, kanan) dan Uji Mohammed(tengah, kiri) ketika ditemu bual bersama media di Pacific Sutera Harbour, semalam.

nn

KOTA KINABALU: Gala Nite: Wanita Inspirasi 2025, programnberprestij anjuran Persatuan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabahn(IKSnita Sabah) bakal berlangsung pada 23 Februari akan datang di Sabah Hotel,nSandakan.  

nn

Presiden IKSnita Sabah, Datuk Hjh Dg Khatijah Datu HajinBachtiyal berkata program itu bertujuan menjadi platform untuk wanitanberganding bahu, meraikan kejayaan mereka, dan menginspirasi lebih ramai wanitandi Sabah.

nn

“Perjuangan ini harus diteruskan. Sebab itu ada namanya ‘Inspirasi’nkami tidak berhenti di situ.

nn

“Apabila kita berjaya, kita tidak boleh berjaya sendirian,nkita harus memberi inspirasi, kena semarakkan semangat itu supaya ramai wanita yangnakan menjadi seperti apa yang mereka mahukan,” katanya ketika ditemu bualnbersama media di Pacific Sutera Harbour, semalam.

nn

Menurut beliau, antara acara menarik yang akan diketengahkanntermasuk persembahan tarian tradisional, pemberian amal untuk komuniti, dan pelancarannBuku 100 Wanita (2024/2025) edisi pertama serta persembahan khas daripadanpenyanyi lagenda negara, Uji Rashid.

nn

Dg Khatijah turut menjelaskan bahawa majlis itu akan menampilkannSesi Motivasi Wanita Inspirasi: Accelerate Action, yang akan disampaikan oleh Prof.nMadya Dr. Rozita @ Uji Mohammed bersempena tema Hari Wanita Sedunia 2025.

nn

Selain itu, Rozita @ Uji Mohammed turut sependapat dengan DgnKhatijah mengenai buku 100 Wanita edisi pertama, sebuah karya yang diterajuinolehnya sendiri, buku yang memuatkan pelbagai kisah kejayaan wanita mampunmenjadi contoh dan sumber inspirasi kepada wanita lain.

nn

“Inspirasi yang Dato’ bawa bukan dalam golongan yang T20nsaja, yang di kampung, diangkat keluar sebab dia menginspirasikan orang yangnberada di kampung itu menjadi seseorang.

nn

“Kita ni tidak ada dia punya momentum yang dia mesti adanpangkat, dia mesti ada darjat. Dalam buku itu, kita tiada limit. Untuk semua yangnmenginspirasikan, dia berhak berada dalam buku itu,” tambah beliau.

nn

Menurut Dg Khatijah, IKSnita Sabah percaya bahawa acara ininakan menjadi detik bermakna untuk meraikan pencapaian wanita, sambilnmenggalakkan solidariti serta memberi inspirasi kepada generasi wanita masanhadapan.

nn

“Perjuangkan wanita sehingga menjadi wanita sebenar,” ujarnbeliau, menyeru agar wanita terus berjuang mencapai potensi terbaik dalam semuanaspek kehidupan.

nn

Katanya, majlis itu turut menyasarkan lebih 300 tetamu yangnterdiri daripada daripada Wanita Inspirasi IKSnita Sabah, Penaja Program,nPersatuan Setempat, Agensi Kerajaan dan lain lain.

nn

Terdahulu, program Wanita Inspirasi ini bermula pada tahunn2014 melalui Perarakan Wanita Inspirasi pertamanya, dengan penyertaan seramai 3,333norang wanita dari seluruh Sabah.

nn