KOTA KINABALU : Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaranndan Bintang-bintang serta Pingat-pingat Negeri Sabah menyaksikan 151 individunmenerima anugerah masing-masing.
nn
Istiadat bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75nYang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman itu berlangsung di Dewan IstiadatnIstana Seri Kinabalu, pada Isnin.
nn
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan darjah kebesarannkepada penerima pertama Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawangelaran Datuk Seri Panglima iaitu tokoh korporat dalam industri minyak dannteknologi, Datuk Seri Panglima Abdul Farish Abdul Rashid.
nn
Seterusnya, mendahului senarai 23 penerima darjah kebesarannPanglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk ialah AhlinDewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa.
nn
Turut menerima PGDK, Ketua Setiausaha Politik Kepada KetuanMenteri, Datuk Azrul Ibrahim, Pengurus Besar Ko Nelayan Sabah Datuk Yusof AgnBesar, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,nDatuk Mohammad Ghazali Hajiji dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam,nKementerian Kewangan Malaysia, Datuk Alan Abdul Rahim.
nn
Dalam istiadat berkenaan, Tun Musa juga menganugerahkanndarjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) kepada 19 individu antaranya, PegawainDaerah Tuaran, Ibrahim Terki dan Pengarah Pengambilan Pelajar UniversitinTeknologi MARA, Ak Ashaari Ak Yussof.
nn
Sementara itu, Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon MaritimnSandakan Komander Maritim, Ahmad Firdaus Shaari dan Ketua Pegawai Operasi SrinPelancongan Sabah, Fidelis Francis Andam merupakan antara penerima Ahli DarjahnKinabalu (ADK).
nn
Dalam pada itu, seramai 33 individu dianugerahkan BintangnSetia Kinabalu (BSK) antaranya, Penyelia Kemas Tawau, Wirmasusanti Mahtar Hamsndan Ketua Cawangan Tabung Haji Travel, Hidam Tory.
nn
Perunding Latihan INTAN Sabah, Aidalina Mahili pulanantara 29 individu yang menerima darjahnBintang Kinabalu (BK) dan seramai 12 individu dikurniakan Pingat PerkhidmatannTerpuji (PPT).
nn
Turut hadir dalam majlis itu Menteri Belia, Sukan dannIndustri Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri KepadanKetua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun.

