PENAMPANG : Seramai lebih 2,000npengunjung hadir memeriahkan Konsert 8070 anjuran Jabatan Penyiaran MalaysianSabah (RTM Sabah), pada Sabtu.
nn
Konsert penuh meriah itu diadakannbersempena sambutan Ulang Tahun RTM ke-80 dan Jubli Platinum 70 Tahun Radio RTMnSabah sebagai penghargaan buat pendengar serta penonton setia yang terusnmenyokong stesen penyiaran berkenaan sepanjang tujuh dekad di negeri ini.
nn
Tirai persembahan dibuka dengannrangkaian lagu medley era 90-an oleh barisan penghibur RTM, sebelum pentasnterus dihangatkan dengan penampilan artis popular tanah air, Afieq Shazwan membawakan lagu Rindunya Rindu, Layu dinHujung Mekar dan duet bersama Joy iaitu lagu Bintang selain Haziq Rosebi yangnmempersembahkan lagu Nurlela, Zuraida dan Lemak Manis.
nn
Turut mencuri tumpuan ialahnbarisan bakat tempatan Sabah seperti Rey Kimara mendendangkan lagu tempatannSabah iaitu Fikir-fikir Dulu yang dipopularkan oleh Datuk Francis Landong dannlagu Pukulan Borneo disusuli Sitipah Jahamin dengan lagu Sumandak Sabahan dannSumilah Poh Bulan, Joy (Kau Curangi Aku dan Seperti Mati Lampu) dan Dhaniandengan lagu Padan Muka dan I Will Survive nyanyian Gloria Gaynor.
nn
Kemuncak acara diteruskan dengannpersembahan legenda seni suara negara, Ramlah Ram yang memukau penonton dengannkelunakan vokal mantapnya melantunkan lagu Cintaku Hanyut di Lautan Sepi,nDiam-diam Jatuh Cinta dan Kau Kunci Cintaku.
nn
Sepanjang dua jam konsertnberlangsung, para hadirin disajikan dengan gabungan lagu malar segar dan hitsnsemasa yang mencetuskan suasana gamat dengan sorakan peminat.
nn
Selain pengisian hiburan, Konsertn8070 turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagainhadiah menarik, termasuk hadiah utama berupa dua buah motosikal jenis SM Sportn110E.
nn
Dalam majlis yang sama, RTM Sabahnturut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada rakan-rakan strategik sebagainpengiktirafan atas kerjasama erat dalam menjayakan konsert berkenaan antaranyanThe MAJULAN Hotel, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan KOVAC.
nn
Turut hadir, Pengarah BahagiannProgram Radio, Jabatan Penyiaran Malaysia, Saifuzzaman Yusop dan PengarahnJabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali.
