Orang Ramai Dijemput Hadir Program Simfoni Ramadan 15 Mac Ini

 

KOTA KINABALU : Orang ramai dijemput menghadirinProgram Simfoni Ramadan 2026 yang akan berlangsung di Stadium Likas bermula jamn4.00 petang pada 15 Mac ini.

nn

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabahn(USIA), Datuk Sapawi Ahmad berkata program itu menyasarkan kehadiran 1,500npengunjung dan menampilkan pendekatan dakwah lebih segar serta kreatifnkhususnya bagi mendekati golongan belia.

nn

“Kita menampilkan penceramah dan pendakwahnterkenal dari Semenanjung seperti Ustaz Hariri Daud dan Ustaz Nabil Ahmadnselain barisan penceramah tempatan dari Sabah.

nn

“Simfoni Ramadan merupakan cetusan idea awalnbelia USIA Sandakan yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Jazz Ramadhan’ dan telahndianjurkan selama dua tahun di daerah berkenaan.

nn

“Melihat sambutan yang amat menggalakkan,nprogram ini diangkat ke peringkat negeri dengan penjenamaan semula supaya lebihnselari dengan aspirasi dan pendekatan semasa,”  katanya ketika ditemui media selepasnmempengerusikan mesyuarat akhir Simfoni Ramadan, pada Isnin.

nn

Menurut beliau, acara turut dimeriahkan dengannpersembahan Hafiz Hamidun, kumpulan nasyid dan buskers tempatan yang membawakannlagu-lagu berunsur dakwah.

nn

Di samping itu, program gotong-royong memasakndan pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai akan diadakan dengan kerjasamanbeberapa agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),nYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi IslamnMalaysia (YaPEIM), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN),nNegeri Sabah dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

nn

Tambah beliau, tarikan lain termasuk food trucknyang membolehkan pengunjung membeli juadah berbuka puasa sambil menantinmasuknya waktu Maghrib dan solat Tarawih diiringi dengan persembahan seni dannceramah.