![]() |
nSEBANYAK 249 kes positif Covid-19 di Sabah tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.
n
nPengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 293 kes yang sudah dianalisa.
n
n“Situasi berkenaan amat membimbangkan kerana individu ini berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.
n
n“Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara dalam usaha membendung penularan Covid-19.
n
n“Langkah ini dapat memutuskan rantaian jangkitan agar virus tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
n
nDalam perkembangan lain, Christina berkata, pihaknya masih mengesan kes Covid-19 dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah pergerakan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan United Kingdom selain masih wujud kes penularan wabak sama yang dilaporkan menerusi sejarah perjalanan ke Semenanjung. – HMetro
