Penyampaian Hadiah KPTNS ke-40 Berlangsung 17 April

 

KOTA KINABALU : Majlis Perasmian Pameran dannPenyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah ke-40 (KPTNS) akannberlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 17 April ini.

nn

Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sara ElisyanAhmad Shah berkata KPTNS ke-40 merupakan pencapaian penting yang menandakannempat dekad usaha berterusan dalam memartabatkan seni visual di negeri ini.

nn

“Penganjurannya bersempena Sambutan UlangnTahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-75, TunnMusa Aman dan menjadikan majlis ini bukan sahaja acara seni malah sebahagianndaripada sambutan rasmi negeri.

nn

“Ini menunjukkan komitmen berterusannkerajaan negeri memperkasa industri seni sebagai elemen pembangunan masyarakat,nselain mencungkil dan mengetengahkan bakat seni visual anak muda, profesionalndan baharu.

nn

“ia seterusnya melahirkan generasi kreatifnyang mampu membawa nama Sabah ke peringkat nlebih tinggi,” katanya semasa sesi temu bual radio segmen Kupivibezndi konti Kupi-Kupi FM, pada Selasa.

nn

Menurut Sara, majlis perasmian adalah tertutupnnamun Karya Pilihan akan dipamerkan kepada orang awam bermula 24 April hingga 7nJulai ini di Galeri Yaman dan Galeri Umum, Balai Seni Lukis Sabah.

nn

“Galeri tersebut akan dibuka dari Selasanhingga Ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

nn

“Pameran ini memberi peluang kepadanmasyarakat untuk menghayati karya seni terbaik negeri dan menjadikan seni lebihndekat dengan rakyat serta tidak terhad kepada acara eksklusif,” ujarnya.

nn

Beliau berharap KPTNS ke-40 terus menjadinplatform utama memperkasa seni visual di Sabah dan mendapat sambutan  menggalakkan daripada orang ramai sebagaintanda penghargaan terhadap karya seni tempatan.