‘Tea Talk Japen’ Sabah Tingkat Kesedaran Rohani

 

PENAMPANG: Penganjuran ProgramnTeaTalk edisi Ramadan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah menjadinantara platform meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang nilainrohani bulan Ramadan.

nn

Pengarah JAPEN Sabah JainisahnMohd Noor berkata, program itu juga disiarkan secara langsung menerusi aplikasinFacebook dan TikTok rasmi Japen Sabah yang membolehkan masyarakat umumnmengikuti majlis ilmu tersebut.

nn

“Inisiatif ini amatnbertepatan dan selari dengan peranan teras Japen Sabah dalam menyalurkanninformasi yang bermanfaat kepada khalayak melalui pelbagai medium.

nn

“Pendekatan digital ininmerupakan kaedah komprehensif untuk menarik minat kumpulan sasar yang dapatndilaksanakan dengan lebih meluas, pantas dan mudah diakses oleh semua lapisannmasyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Program TeaTalk Japen SabahnEdisi Khas Ramadan, pada khamis.

nn

Program bual bicara itunmenampilkan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Pengajian Islam Universiti MalaysianSabah (UMS) Dr. Issraq Ramli sebagai panel jemputan yang membincangkan tajukn’Ramadan Bukan Sekadar Berpuasa’.

nn

Sementara itu, Issraq berkatanprogram seumpama perlu diadakan setiap tahun termasuk pada hari-hari kebesarannIslam kerana dapat membantu masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuannkerohanian.

nn

“Tahniah atas penganjurannprogram yang membawa banyak manfaat kepada umat Islam, kita dapat meningkatkannlagi ilmu pengetahuan dan pahala dalam bulan Ramadan.

nn

“Kita mengharapkan programnini diperkasakan lagi dengan menjemput dan menarik lebih ramai penonton secaranbersemuka selain menggunakan semua platform media sosial,” ujarnya.

nn

Hadir sama, Timbalan PengarahnPenerangan, Azman Sipan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian PerkhidmatannKomunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Peter Tong Ah Pin; Ketua PenolongnPengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Norehan Kipli dan Ketua PenolongnPengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Sulia Banying Gihang.