KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM672.05 juta bagi agenda kelestarian hijau di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
n
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ia selari komitmen memperkukuh syiar Islam menerusi penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah 1447H/2026M.
n
n
Katanya, pembangunan negeri perlu bergerak seiring antara aspek fizikal dan spiritual bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dicapai secara menyeluruh.
n
n
“Penganjuran MTHQ merupakan antara pendekatan strategik kerajaan negeri dalam mengajak umat Islam menghayati serta memartabatkan al-Quran sebagai asas pembinaan masyarakat progresif, makmur dan sejahtera.
n
n
“Sesungguhnya majlis ini merupakan antara pendekatan strategik kerajaan negeri dalam usaha mengajak seluruh umat Islam di negeri ini untuk sentiasa menghayati dan memartabatkan al-Quran sebagai asas pembinaan masyarakat umat yang progresif, makmur dan sejahtera,” katanya.
n
n
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah MTHQ Peringkat Negeri Sabah, di sini, semalam.
n
n
Hajiji menjelaskan, prinsip keseimbangan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi seperti yang digariskan dalam al-Quran turut menjadi asas hala tuju pembangunan negeri, termasuk dalam aspek pemeliharaan alam sekitar.
n
n
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menyasarkan 30 peratus kawasan Sabah diwartakan sebagai Total Protected Area menjelang 2030 bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar terus terpelihara.
n
n
“Peruntukan RM672.05 juta itu disalurkan bagi tujuan perlindungan biodiversiti, pemeliharaan alam sekitar serta usaha menangani perubahan iklim di negeri ini,” katanya.
n
n
Dalam pada itu, beliau menegaskan MTHQ merupakan platform penting melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah yang bukan sahaja cemerlang dalam bacaan dan hafazan, malah berperanan sebagai contoh teladan dalam masyarakat.
n
n
“Kerajaan negeri akan terus memperkasa pendidikan agama Islam dan institusi tahfiz bagi membina generasi berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing, selari dengan aspirasi pembangunan Sabah yang mampan dan diberkati,” katanya.
