UKKWA Agih 10,000 Pek Bubur Lambuk

 

KOTA KINABALU: PersatuannSukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA) mengagihkan 10,000 pek buburnlambuk di tiga masjid sekitar Sepanggar sempena Program Ukhuwah MADANI ParlimennSepanggar, bagi mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini.

nn

Menteri di Jabatan PerdananMenteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, selainnmengimarahkan Ramadan, program tersebut turut bertujuan menghidupkan peranannmasjid sebagai institusi masyarakat yang aktif dengan program kemasyarakatanndan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

nn

“Tahniah kepada UKKWA dannrakan strategik serta sukarelawan masjid nkerana telah menjayakan program ini yang merupakan satu inisiatif yangnsangat baik dalam kita meningkatkan amalan yang baik dan bermanfaat pada bulannramadhan yang mulia ini.

nn

“Program ini juga  bertujuan mengimarahkan masjid agar masjidnmenjadi institusi masyarakat yang dipenuhi dengan program-programnkemasyarakatan yang menyumbang semangat bersatu padu antara satu samanlain,” beliau berkata demikian ketika berucap pada program berkenaan dinMasjid Al-Mujahirin, Kg. Warisan, pada Ahad.

nn

Menurut beliau, program seumpamanitu wajar diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pihak, khususnya golongannbelia serta mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

nn

“Kita mahu mendekatkanngolongan mahasiswa dengan masyarakat agar mereka turun padang dan memahaminsituasi serta keperluan masyarakat di kampung-kampung, sebagai contoh programnpada hari ini memasak bubur lambuk yang memerlukan tenaga yang ramai untuknmenjayakannya,” jelasnya.

nn

Agihan bubur lambuk itunmelibatkan Masjid Al-Hidayah, Kampung Sabang (3,000 pek), Masjid Al-Ikhwan,nTaman Kuala Menggatal (4,000 pek) dan Masjid Al-Mujahirin, Kampung Warisann(3,000 pek), yang dilaksanakan dalam tempoh dua hari pada Sabtu dan Ahad.

nn

Program tersebut dianjurkan olehnUKKWA dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat antaranyanASCOT Academy, Pertubuhan SALWA Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),nWadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), serta para sukarelawan yang terlibat.

nn

Hadir sama, Pengerusi PersatuannSukarelawan dan Kebajikan Wanita Sabah (UKKWA), Datin Rosnih Nasir; PengerusinMasjid Al-Mujahirin Kampung Warisan, Aliudin Mahdar; Pengerusi SALWA Sabah,nProfesor Dr. Arsiah Baharum; Pengerusi Sahabat Penggerak MADANI Sabah,nHasanuddin Guliling; Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Sabah (WADAH),nAbdul Manap Mahmud; YDP ABIM Sabah, Zikri Zainuddin; Pengarah Pemasaran AscotnAcademy, Norliza Dugad; Pengarah Parlimen Sepanggar, Ashim Jamat.