DBKK Sedia Pelan Bandar Mesra Warga Emas

KOTA KINABALU: Dewan BandarayanKota Kinabalu (DBKK) akan merangka Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia sebagainlangkah proaktif menghadapi peningkatan populasi warga emas di bandaraya ini.

nn

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu,nDatuk Seri Dr Sabin Samitah berkata inisiatif ini penting memandangkan Malaysiandijangka menjadi negara berpenduduk tua menjelang 2030 apabila lebih 15 peratusnrakyat berusia 60 tahun ke atas berdasarkan laporan Jabatan PerangkaannMalaysia.

nn

“Seiring perubahan ini,nbandar-bandar di Malaysia semakin menyedari kepentingan menjadi bandar mesranusia bagi menyokong kesejahteraan serta kualiti hidup warga emas.

nn

“Pelan tindakan ini akan memberintumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur termasuk laluan pejalan kaki,nkemudahan awam yang lebih selamat selain memperkukuh jaringan kerjasama dengannagensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

nn

“Inisiatif ini mencerminkan MisinDBKK yang pertama, iaitu menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yangnbersih, hijau dan berdaya huni. Persekitaran bandar bukan sahaja perlu selesandari segi fizikal, malah inklusif serta selamat untuk semua lapisan umur dannkeupayaan,” katanya.

nn

Beliau berkata demikian ketikanberucap pada Program Inspirasi Dan Realiti: Perkongsian Bandar Mesra Usian(Aged-Friendly City) 2026, pada Isnin.

nn

Program berkenaan disertai 200npeserta dan menjadi platform perkongsian ilmu serta amalan terbaik, termasuknpengalaman Pulau Pinang dalam melaksanakan agenda mesra usia melalui PenangnWomen’s Development Corporation (PWDC).

nn

Menurutnya, DBKK akan menjadikannkonsep Bandar Mesra Usia yang diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)nsebagai rujukan dalam merangka dasar serta pelaksanaan di peringkat bandar.

nn

“Bagi Kota Kinabalu, inilah masanpaling sesuai untuk memulakan langkah. Program ini diharap menjadi platformnstrategik dalam memperkukuh kefahaman, perkongsian ilmu dan amalan terbaiknberkaitan pembangunan bandar mesra usia.

nn

“Ia juga memberi panduannpraktikal kepada DBKK dalam merancang langkah awal yang lebih tersusun dannberkesan,” ujar beliau.

nn

Sabin turut memaklumkan inisiatifnitu melengkapi pelaksanaan Bandar Mesra Kanak-kanak hasil kerjasama DBKK dengannUnited Nations Children’s Fund (UNICEF) sejak 2024.

nn

“Pendekatan ini mencerminkannkomitmen DBKK dalam memastikan pembangunan bandar yang inklusif, selamat dannberdaya huni untuk semua peringkat umur, selaras dengan aspirasi Pelan KotanKinabalu 2035 yang menekankan keterangkuman serta kesejahteraan sosial,”ntambahnya.