Pengangguran Sabah 5 peratus, KSTI perkasa program padanan kemahiran

 

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkannkadar pengangguran lima peratus bagi suku keempat 2025, mengatasi kadarnnasional sekitar tiga peratus dengan pengangguran dalam kalangan belia melebihin10 peratus.

nn

Menteri Sains, Teknologi dannInovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata situasi itu menuntut tindakan segerankhususnya dalam menangani ketidakpadanan kemahiran antara pencari kerja dannkeperluan industri.

nn

“Kerajaan akan memperkasakannkomitmen dalam menangani isu pengangguran dan ketidakpadanan kemahiran melaluininisiatif pendidikan perburuhan yang bersifat inklusif serta menyeluruh.

nn

“Latihan kemahiran perlunbergerak seiring dengan kehendak industri supaya Sabah tidak ketinggalan dalamnarus pembangunan global, terutama dalam era ekonomi digital,” katanya.

nn

Beliau berkata demikian ketikanmerasmikan Pelepasan Konvoi Jelajah Pendidikan Perburuhan Sabah 2026 anjurannJabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, pada Selasa.

nn

Konvoi itu dijangka menjadinplatform mendekati masyarakat dengan maklumat berkaitan hak perburuhan, peluangnlatihan serta laluan pembangunan kerjaya selain membantu merapatkan jurangnantara kemahiran tenaga kerja dan keperluan pasaran.

nn

Menurut James, program berkenaannmenyasarkan usaha menangani pengangguran dan ketidakpadanan pekerjaan melaluinjelajah di lima lokasi utama iaitu Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Lahad Datundan Sandakan.

nn

“Masyarakat bukan sahajandidedahkan kepada hak dan tanggungjawab dalam dunia pekerjaan, malah diberinpeluang meningkatkan kemahiran serta pembangunan kerjaya,” katanya.

nn

James turut memuji sinergi antaranagensi persekutuan dan negeri yang melibatkan lebih 10 agensi, antaranya KPSTI,nJabatan Tenaga Kerja (JTK), PERKESO, HRD Corp, NIOSH dan Jabatan PembangunannSumber Manusia (JPSM), selain institusi latihan kemahiran.

nn

Beliau berkata usaha bersepadunitu selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ)  memperkukuh modal insan berteraskan ilmu,nsains dan teknologi.

nn

“Kita mahu melahirkan tenagankerja Sabah yang lebih berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing agarntiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan,” tegasnya.

nn

Turut hadir, Pembantu MenterinKPSTI, Jordan Jude Ellron; Timbalan Setiausaha Tetap I KPSTI, Doria Tai YunnTyng; Pengarah JTK Sabah, Wan Zulkifli Wan Setapa serta Pengarah PERKESO Sabah,nDr Mohd Ali Hindia.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)