KOTA KINABALU: Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Games 2026nsecara rasmi membuka tirai dengan penyertaan 17 kontinjen dari seluruh negara,nmelibatkan lebih 400 atlet dan pegawai dalam suasana penuh semangat kesukanan.
nn
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr.nSafar Untong berkata program seperti ini menjadi platform terbaik untuknmemperkukuhkan silaturahim di luar waktu pejabat serta menyemarakkan semangatnperpaduan dalam kalangan penjawat awam.
nn
“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan, malahnmembuka ruang kepada peserta untuk menonjolkan bakat serta mengamalkan semangatnkesukanan yang tinggi.
nn
“Semangat kesukanan dan sikap saling menghormati perlu terusndipelihara, kerana kemenangan sebenar adalah keharmonian yang terjalinnsepanjang kejohanan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malamn(Welcome Dinner) sempena Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Games 2026.
nn
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Datuk Zainudin Aman, KetuanPengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAKnSabah.
nn
Majlis Makan Malam (Welcome Dinner) sempena Kejohananntersebut berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah menjadi platformnmengalu-alukan kehadiran semua kontinjen, sekali gus mengeratkan silaturahimndan memperkukuh integrasi nasional dalam kalangan penjawat awam melaluininteraksi santai antara peserta pelbagai negeri.
nn
Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Games 2026 dijangkanberlangsung selama empat hari di Dewan Seri Putatan daripada 23 hingga 26 April ini dengan harapan terusnmenjadi wadah dalam memperkukuh perpaduan serta semangat berpasukan dalamnkalangan penjawat awam di negara ini.
nn
“Para peserta diseru untuk menikmati dan merasainsendiri keunikan dan budaya sertanhospitaliti di negeri Sabah sekali gus menjadikan pengalaman tersebut sebagainkenangan bermakna.”tambahnya.
nn
Hadir sama, Penasihat Undang-Undang kepada Ketua MenterinSabah merangkap Naib Yang Dipertua Kebajikan MAKSAK Sabah, Datuk Nor Asiah MohdnYusof dan Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia Encik Noor Hisham AffizamnShamsuddin.
