Japen, MAFFI Kerjasama Bimbing Komuniti Madani Sertai Bidang Pertanian, Perikanan

 

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabahndan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) akannmengadakan program bimbingan pertanian dan perikanan kepada Komuniti MADANI dinnegeri ini.

nn

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor,nberkata inisiatif itu membuka peluang kepada masyarakat khususnya golongannbelia, menjadikan sektor agromakanan sebagai sumber pendapatan yang mampan.

nn

“Program ini memberi ruang kepada komunitinuntuk meningkatkan kemahiran serta keupayaan menjana pendapatan sendiri dannmemperkukuh ekonomi setempat.

nn

“Pendekatan tersebut memberi pendedahanndan menyediakan sokongan teknikal berterusan bagi memastikan hasil pertaniannserta perikanan komuniti mencapai standard kualiti tinggi.

nn

“Antara fokus utama termasuk latihannteknik penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara lebih efektif di kawasannstrategik yang dikenal pasti.

nn

“Selain itu, pembangunan akuakultur turutndiberi perhatian bagi membolehkan komuniti menguasai kaedah penternakan ikannsecara sistematik mengikut kesesuaian geografi setempat,” katanya selepasnmengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertanian, Perikanan dan IndustrinMakanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar di Wisma Pertanian, pada Selasa.

nn

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah BahagiannPerkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Peter Tong Ah Pin sertanPenolong Pengarah, Edi Rizam Kasim.