KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyalurkannsumbangan berjumlah RM48,000 kepada enam masjid di sekitar ibu negeri untuknmenyokong aktiviti pengimarahan dan bil utiliti.
nn
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr MohdnArifin Mohd Arif, berkata usaha pengimarahan masjid terus menjadi fokus utamankerajaan negeri antaranya melalui kerjasama erat antara MUIS dan Jabatan HalnEhwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
nn
“Selain pembangunan fizikal masjid kita turut menumpukannkepada pengimarahan melalui pelbagai program keagamaan dan pembangunannkomuniti.
nn
“JHEAINS juga berperanan sebagai pemantau kepada pelaksanaannprojek berkaitan hal ehwal Islam termasuk yang sedang dan akan dilaksanakan,”nkatanya ketika ditemui pada Majlis Mahabbah Bersama Agensi-Agensi Islam NegerinSabah 2026M/1447H, pada Rabu.
nn
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-PertuanNegeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin yang turutnmenyampaikan sumbangan kepada 17 asnaf.
nn
Di samping itu, Tun Musa juga menyempurnakan penyampaiannsumbangan kepada pengerusi-pengerusi Masjid Bandar Kota Kinabalu, Masjid NurulnHikmah Bukit Padang, Masjid Daerah Putatan, Masjid Jamek Putatan, MasjidnAs-Sobirin Kg. Sipanggil dan Masjid Al-Hilal Tanjung Dumpil.
nn
Menurut Arifin, beberapa perancangan pembangunan turutndigerakkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) termasuk pembinaannsekolah menengah agama negeri serta projek berkaitan pendidikan Islam.
nn
“Langkah ini selari dengan usaha memperkukuhnpembangunan hal ehwal Islam secara menyeluruh di Sabah.
nn
“Pembangunan masjid, pendidikan agama dan pengukuhannekonomi umat Islam menjadi antara objektif yang terus diperkasakan,”nujarnya.
nn
Majlis berkenaan menghimpunkan lebih 500 peserta melibatkann17 agensi agama bertujuan mempererat hubungan antara organisasi.
nn
Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, DatuknIsnin Aliasnih; Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; PengarahnJHEAINS, Datuk Awang Juri Ag Tahir; Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk MalainAli Malai Ahmad dan Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali.
