Bekalan Darah Tidak Mencukupi, Perlu 100 Ribu Unit Setahun

 

KOTA KINABALU : Sabah memerlukan sekitar 100,000 unit darahnsetiap tahun bagi memenuhi keperluan pesakit di negeri ini.

nn

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk AzrulnIbrahim berkata, Sabah masih berdepan kekurangan bekalan darah dan itu perlunditangani segera menerusi penglibatan aktif masyarakat, jabatan kerajaan,nagensi serta sektor swasta dalam menjayakan kempen derma darah secaranberterusan.

nn

“Sabah memerlukan lebih 100,000 unit darah setahun,nnamun bekalan yang berjaya dikumpulkan hanya sekitar 70,000 unit darah padantahun lalu. Ini bermakna kita masih berdepan kekurangan hampir 25,000 unitndarah.

nn

“Saya menggalakkan seluruh rakyat di Sabah untuk tampilnmenderma darah bagi memastikan keperluan bekalan darah di negeri ini dapatndipenuhi bukan sahaja di Hospital Queen Elizabeth II tetapi di semua tempat.

nn

“Kita faham bahawa terdapat cabaran yang agak besar dinSabah, khususnya di beberapa kawasan yang sukar diakses oleh pihak hospitalnuntuk melaksanakan aktiviti libat urus dengan masyarakat.

nn

“Hospital Queen Elizabeth II dengan kerjasama beberapanpihak telah melaksanakan program outreach dan kempen bergerak untuknmenggerakkan staf mereka ke kawasan-kawasan strategik untuk pastikan tabungndarah ini dapat dipenuhi berdasarkan keperluan.

nn

“Selain itu, saya juga mencadangkan agar mana-mananpihak termasuk jabatan kerajaan dan sektor swasta terus melaksanakan kempennderma darah secara konsisten dan berkala bagi memastikan bekalan darah di Sabahnsentiasa mencukupi.

nn

“Usaha ini amat signifikan kerana ia bukan sahajanmelibatkan aspek kesihatan, malah turut menyentuh soal nyawa manusia, termasuknahli keluarga kita sendiri yang mungkin memerlukan bantuan pada bila-bilanmasa,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari PendermanDarah Sedunia Peringkat Hospital Queen Elizabeth ll, pada Isnin.

nn

Beliau turut, mencadangkan agar kerajaan negeri bersamanpihak berkepentingan mengenal pasti lokasi tumpuan orang ramai seperti pusatnbeli-belah untuk dijadikan lokasi tetap kempen derma darah, sekali gusnmemudahkan orang ramai tampil menderma.

nn

“Pelbagai inisiatif dan pendekatan perlu dilaksanakannoleh semua pihak bagi memastikan tabung darah di Sabah sentiasa mencukupi,nselaras dengan keperluan yang amat mendesak di negeri ini,” jelasnya.

Azrul (empat ) dari kanan semasa menyapa salah seorang penderma darah di dalam program tersebut.

nn

Dalam pada itu, Azrul turut mengucapkan tahniah kepadanpengurusan Hospital Queen Elizabeth II atas penganjuran sambutan berkenaan yangnmendapat sambutan menggalakkan daripada penderma darah sukarela, dan dijangkankira-kira 200 unit darah dapat dikumpul dalam program itu.

nn

Hadir sama, Pengarah Hospital Queen Elizabeth ll, Dr FerronFirdaus Ibrahim dan Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabethnll, Dr Shahnaz Irwani Sabri.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)