![]() |
| Jamawi (barisan depan, tengah) bergambar kenangan bersama Maria (barisan depan,empat dari kiri) dan yang lain di Kompleks Perikanan Likas. |
KOTA KINABALU: Semua agensi di bawahnKementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) dimintanmengamalkan pendekatan perkhidmatan mesra rakyat bagi memastikan penyampaianndasar dan inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
nn
Menterinya, Datuk Jamawi Jaafarnberkata, agensi berkaitan tidak seharusnya dilihat sebagai pesaing, sebaliknyanperlu bekerjasama sebagai satu pasukan demi kepentingan rakyat.
nn
“Agensi seperti Jabatan PerikanannSabah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SAFMA mempunyai peranan dannkepakaran tersendiri yang perlu digembleng secara bersepadu.
nn
“Apabila setiap agensi memainkannperanan masing-masing dan bekerjasama, penyampaian perkhidmatan kepada rakyatnakan menjadi lebih cekap dan berkesan,” katanya.
nn
Beliau berkata demikian ketikanmengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perikanan Likas, di sini, semalam. Turutnhadir, Timbalan Setiausaha Tetap II kementerian, Maria David Edick.
nn
Dalam lawatan itu, Jamawi turut memintanJabatan Perikanan menyediakan keperluan termasuk benih ikan serta inputnteknikal bagi menyokong pelaksanaan Program Jelajah Kebun Dapur yang dirancangnkementerian.
nn
Jamawi turut menerima taklimat daripadanPengarah Perikanan Sabah, Datin Dr Shuhada Mustapha dan Penolong Pengarah KanannBiosekuriti, Matlan @ Abdul Rahim Thaufeck di bilik mesyuarat utama kompleksnberkenaan.
nn
Sementara itu, dalam acara berasingan,nJamawi bersama Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyongnmenghadiri Mesyuarat Koperasi Kementerian Pertanian dan Industri MakanannMalaysia (KOTANI).
