nn
KOTA KINABALU: Tuduhan mengaitkannKetua Menteri Sabah dengan dakwaan membayar ‘cybertroopers’ untuk menyerangnindividu tertentu di media sosial disifatkan sebagai tidak berasas dan berniatnjahat.
nn
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim berkata, beliau memandang serius dakwaan yangndilemparkan oleh pempengaruh, Amy Dangin, yang cuba mengaitkan kepimpinannnegeri dengan perkara berkenaan.
nn
“Tuduhan ini jelas tidak berasasndan berniat jahat. Hakikatnya, Ketua Menteri sentiasa fokus kepada agendanpembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat, dan tidak pernah mengamalkannpolitik menyerang peribadi mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.
nn
Beliau turut menafikan dakwaanntular sebelum ini melibatkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang cubanmengaitkan dirinya dengan usaha melemahkan parti politik tertentu.
nn
“Perkara itu juga tidak benar dannmerupakan satu lagi cubaan untuk mencetuskan persepsi negatif serta mengeruhkannsuasana politik,” ujar beliau.
nn
Sehubungan itu, Azrul menggesansemua pihak supaya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial danntidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
nn
“Hentikan penyebaran fitnah danntohmahan yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat. Fokus kita seharusnyankepada usaha membangunkan Sabah yang lebih maju, stabil dan sejahtera, bukannterperangkap dalam politik kebencian,” tegasnya.
nn
Sementara itu, Amy Danginnmenerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya mencetuskan perhatian selepasnmendakwa individu yang dikaitkan dengan hantaran ancaman ‘Kuruyuk’ itu sudahndikenali serta dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental.
nn
“Seorang kenalan saya memaklumkannbahawa individu yang membuat hantaran ancaman ‘Kuruyuk’ itu memang ada masalahnkesihatan sikit, jadi jangan ambil serius.
nn
“Hajiji and your trolls, investnsikit itu duit pergi kasih bagus mental health orang Sabah secara amnya, bukanntabur duit bayar cybertroopers ja,” katanya.
