TENOM:nKerajaan memperuntukkan sebanyak RM22.308 juta kepada Pihak Berkuasa KemajuannPekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sabah bagi memperkukuh ekonomi komunitinpekebun kecil di negeri ini sepanjang tahun 2026, selaras dengan usahanberterusan memastikan kesejahteraan dan kelangsungan pendapatan rakyat luarnbandar.
nn
MenterinPertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata,nperuntukan tersebut dirangka secara menyeluruh bagi meningkatkan produktivitinkebun getah, mempelbagaikan sumber pendapatan serta memperkukuh pembangunannkomuniti desa, khususnya golongan pekebun kecil.
nn
Menurutnbeliau, daripada jumlah itu, RISDA Daerah Keningau menerima peruntukan RM4.66njuta bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di peringkat daerah.
nn
“Fokusnutama peruntukan ini merangkumi Program Penanaman Semula Getah dan Bekalan,nProgram Produktiviti dan Pemasaran serta Program Pengembangan dan Perancangannyang memberi manfaat langsung kepada pekebun kecil,” ujarnya.
nn
Beliaunberkata demikian ketika merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDAnNegeri Sabah Tahun 2026 di Dewan SJK(C) Chung Hwa, Tenom, pada Selasa.
nn
Jamawinmenjelaskan, inisiatif berkenaan merupakan usaha berterusan KementeriannKemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA bagi memastikan komuniti desansentiasa menerima maklumat terkini serta sokongan berterusan untuk meningkatkannpulangan hasil dan kesejahteraan hidup.
nn
“Programnini bukan sekadar penyampaian bantuan, tetapi platform penting untuk mengangkatnmartabat komuniti desa agar lebih berdaya saing dan sejahtera, selari dengannAspirasi Desa MADANI,” katanya.
nn
Jamawinmenegaskan keperluan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecilnmemandangkan harga getah dunia yang semakin mencabar.
nn
“Pekebunnkecil tidak boleh terus bergantung sepenuhnya kepada hasil getah. Kerajaannsedang memberi tumpuan kepada inisiatif baharu yang mampu membuka peluangnpendapatan tambahan,” tambahnya.
nn
Beliaunmemaklumkan Rekod Banci Pekebun Kecil Getah 2023 menunjukkan lebih 24,000nhektar kebun getah matang di Sabah tidak lagi diusahakan, sekali gus menyumbangnkepada penurunan pengeluaran getah asli negara.
nn
Sehubungannitu, RISDA Sabah turut menerima peruntukan tambahan RM1.5 juta khusus baginmeningkatkan produktiviti kebun getah melalui pelaksanaan program pemulihannkebun terbiar, insentif pengeluaran lateks serta penyediaan prasarana ladang.
nn
Beliaunturut merakamkan penghargaan kepada KKDW dan RISDA atas komitmen berterusanndalam membangunkan komuniti desa di Sabah serta berharap kerjasama strategiknbersama Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dapat terus diperkukuh.
nn
Beliau juganmenyeru pekebun kecil serta pemilik tanah terbiar agar bekerjasama rapat dengannagensi berkaitan bagi memastikan tanah dan kebun dapat dimanfaatkan secaranoptimum demi kelangsungan ekonomi jangka panjang.
