KOTA KINABALU : Kerjasama antaranKerajaan Negeri Sabah dan Jepun dalam usaha melindungi alam sekitar terusndiperkukuh menerusi pelbagai inisiatif strategik termasuk sokongan teknikal dannkewangan bagi pemuliharaan hidupan liar serta hutan.
nn
Menteri Pelancongan, Kebudayaanndan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata hubungan erat itu kininmelangkaui sektor pelancongan dan budaya serta merangkumi aspek kelestariannalam sekitar secara berterusan.
nn
“Jepun melalui pelbagainagensi dan yayasannya secara konsisten menyalurkan sumbangan setiap tahun baginmembantu usaha pemuliharaan di negeri ini khususnya menerusi Jabatan HidupannLiar Sabah.
nn
“Kerjasama ini amat pentingndalam memastikan kelestarian hutan dan biodiversiti negeri terus terpeliharanuntuk generasi akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikannPameran Kembara Kebudayaan ‘I Love Sushi’ di Muzium Tamadun Islam Sabah , padanJumaat.
nn
Mengulas mengenai pameran itu,nJafry berkata program anjuran The Japan Foundation itu menjadi platform terbaiknuntuk memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan Jepun menerusi mediumnmakanan yang bersifat universal.
nn
Katanya, pameran itu memberinpeluang kepada orang ramai meneroka sejarah dan seni di sebalik pembuatan sushinmenerusi paparan visual serta pengalaman simulasi suasana kedai sushi yangninteraktif.
nn
Sementara itu, Duta Besar Jepunnke Malaysia, Shikata Noriyuki berkata sushi merupakan simbol budaya Jepun yangnmencerminkan nilai tradisi serta kreativiti, selain bertindak sebagai mediumnuntuk merapatkan hubungan masyarakat antarabangsa.
nn
“Sushi melambangkan budayandan kreativiti serta menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat pelbagainnegara melalui pertukaran budaya,” katanya.
nn
Pameran yang julung kali diadakannitu dibuka kepada orang ramai bermula 7 Mac hingga 7 Jun 2026 dengan kadarnbayaran masuk RM2 bagi pelawat tempatan dan RM15 bagi pelawat asing.
nn
Hadir sama Setiausaha TetapnKementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Josie Lai MeinSing, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Arif Abdul Hamid dan Pengarah The JapannFoundation Kuala Lumpur Tsukamoto Norihisa.
