KOTA KINABALU: Program KasihnRamadan anjuran Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (Pertiwisa) akannmenyantuni 100 ibu tunggal dan asnaf di sekitar ibu negeri.
nn
Pengerusinya, Zaleha Mohd Kassimnberkata program berkenaan melibatkan lima penerima dari setiap kampung iaitunKampung Sembulan, Kampung Likas, Kampung Tanjung Aru serta beberapa kampung dinPutatan dan Kinarut.
nn
“Sempena bulan Ramadan, Pertiwisanturut menyalurkan sumbangan tahunan kepada Sekolah Anak-Anak Yatim Tambunannserta sekolah anak-anak mualaf di Sekolah Ugama Tambunan,” katanya ketikanditemui pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana PERTIWISA, pada Sabtu.
nn
Majlis tahunan yang dihadiri 200nindividu tersebut turut disempurnakan dengan kehadiran isteri kepada Yangndi-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin yang juga Penaung Pertiwisa.
nn
Menurut Zaleha, Pertiwisa kininmempunyai 300 ahli dengan lima cawangan aktif di seluruh Sabah iaitu dinSandakan, Tawau, Beaufort, Tuaran dan Kota Belud.
nn
“Sepanjang Ramadan ini juga,nsetiap cawangan Pertiwisa menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang diadakanndi beberapa lokasi termasuk di Masjid Negeri Sabah dan Wisma Wanita.
nn
“Pertiwisa mengalu-alukan lebihnramai wanita Islam menyertai persatuan ini bagi menggiatkan lagi aktivitinkeagamaan serta kebajikan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.
nn
Dalam pada itu, PERTIWISAnmenerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada Dr Zailan Ahmad dari Singapuranuntuk diagihkan kepada lima cawangan Pertiwisa serta sebuah pertubuhan bukannkerajaan (NGO) wanita Islam di daerah Kinabatangan.
nn
Selain itu, katanya PERTIWISAnturut menghargai sumbangan daripada Syarikat Ali yang menyalurkan pakej rempahnkari bagi membantu persiapan sambutan Aidilfitri penerima program berkenaan.
nn
“Semua sumbangan berkenaannakan digunakan bagi menjayakan Program Kasih Ramadan termasuk bantuan kewanganndan beras kepada penerima,” tambahnya.
nn
Turut berlangsung pada majlis itunialah ceramah agama bertajuk ‘Nuzul Al-Quran Rahmatan Lil Alamin’ yangndisampaikan oleh pengasas Zahratul Quran Centre, Normi Mat Yusuf.
nn
Hadir sama, Ibu Konsul Indonesia,nPris Rahayu Norman dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismail.
