477 pelajar terima Anugerah Cemerlang MADANI 2025

 

KOTA KINABALU : Seramai 477 pelajar di Parlimen Sepanggarnmenerima Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahunn2025 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik mereka.

nn

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),nDatuk Ts Mustapha Sakmud berkata penerima terdiri daripada pelajar yangnmemperoleh keputusan 6A hingga 12A dalam peperiksaan masing-masing.

nn

Beliau berkata program itu turut memperlihatkan peningkatannkeberkesanan inisiatif Tuisyen Madani percuma yang dilaksanakan di kawasannberkenaan.

nn

“Kita berasa gembira kerana seramai 80 pelajar mendapatnkeputusan agak baik setelah menjalani Tuisyen Madani yang kita adakan secaranpercuma di Parlimen sepanggar berbanding 12 pelajar pada tahun lepas.

nn

“Ini bermakna program ini berkesan dan perkara ini kitanpanjangkan ke sekolah-sekolah berhampiran yang memerlukan.

nn

“Selain itu juga, kepada anak-anak yang tinggal dinsekitar kawasan Sepanggar, apabila mendapat surat tawaran melanjutkan pelajarannnanti, mohon maklumkan kepada Pejabat Parlimen kerana ada disediakan insentifnone-off.

nn

“Insentif ini terbuka kepada semua yang layak sama adantawaran daripada universiti awam, swasta dan institusi TVET.

nn

“Hanya perlu maklumkan Pejabat Parlimen Sepanggar dannsertakan surat tawaran,” katanya ketika ditemui media selepas MajlisnAnugerah Pelajar Cemerlang Madani SPM Tahun 2025 di Dewan Rafflesia PolitekniknKota Kinabalu di sini, pada Isnin.

nn

Dalam perkembangan lain, Mustapha yang juga Ahli ParlimennSepanggar berkata isu berkaitan Akta Kawalan Perkhidmatan dan Sistem (AKPS)nperlu diperhalusi susulan kekeliruan yang timbul melibatkan pelaksanaannya dinSabah.

nn

“Saya telah menerima kunjungan Kesatuan JabatannImigresen Sabah dan saya juga telah meminta taklimat daripada Badan Hal EhwalnSabah Sarawak berkenaan isu ini dan memang didapati ada sedikit kekeliruanndalam akta ini yang perlu diperhalusi.

nn

“Oleh itu, saya minta supaya diadakan sesi libat urusnantara agensi yang berkaitan dan kalau perlu, kita minta supaya kerajaan negerinuntuk bawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63.

nn

“Bagi saya, isu-isi imigresen ini perlu dihormati dannkita akan pastikan isu ini kekal di bawah kerajaan negeri seperti yangntermaktub dalam MA63,” tambahnya.

nn

Beliau berkata sekiranya perkara itu masih gagalndiselesaikan di peringkat jawatankuasa teknikal, isu berkenaan boleh dibawa kenJawatankuasa Induk MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri.

nn

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan beberapa anugerahnlain antaranya Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Anjakan Paradigma (Sekolah)ndan Anugerah Khas YB Mustapha Sakmud : Pelajar Terbaik.

nn

 Hadir sama, PegawainPendidikan Daerah Kota Kinabalu, Johari @ Jaibet Sabin, wakil PengarahnPoliteknik Kota Kinabalu, Nirazmilah Sulaiman dan Pengarah Pejabat ParlimennSepanggar, Ahsim Jamat.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)