KOTA KINABALU: Mesyuarat Pertama Penggal Keduan(Persidangan) Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas akan berlangsungnbermula 27 hingga 30 April ini.
nn
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahyanberkata setakat ini pihaknya menerima empat rang undang-undang (RUU) untukndibahaskan sepanjang persidangan berkenaan.
nn
“Termasuk ucapan dasar Yang di-Pertua NegerinSabah, Tun Musa Aman, jumlah keseluruhan perkara yang akan dibentangkan ialahnlima.
nn
“Kita juga masih menunggu beberapa lagi RUUnyang mungkin akan dikemukakan,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormatnkepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, pada Selasa.
nn
Kunjungan tersebut bertujuan menyampaikannundangan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk merasmikan persidangannberkenaan.
nn
Persidangan DUN dijadualkan bermula 27 hinggan30 April, manakala Istiadat Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang di-PertuanNegeri Sabah pada 23 April ini.
