Fahami Sejarah Pembentukan Malaysia – Masidi

 

Masidi ketika ditemui media

KOTA KINABALU : Masyarakat di negeri ini digesa memahaminsejarah pembentukan negara Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan dan HarinSabah.

nn

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjunnberkata, pemahaman sejarah penting agar rakyat dapat menghayati signifikan dinsebalik sambutan dua perayaan tersebut yang diraikan serentak pada 31 Ogos ini.

nn

“Kalau kita gabungkan signifikan kedua-dua perayaannini, kita akan membuat kesimpulan bahawa kewujudan Malaysia bermula dengannkemerdekaan Sabah.

nn

“Kemerdekaan Sabah dicapai rentetan daripada rancangannpenubuhan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, amat penting bagi setiap rakyat untuknmemahami lembaran sejarah negara ini,” katanya ketika ditemui medianselepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dinIstana Seri Kinabalu, pada Selasa.

nn

Masidi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HarinKebangsaan dan Hari Sabah 2026, memaklumkan bahawa kunjungan tersebut bertujuannuntuk menjemput secara rasmi Tun Musa bagi menghadiri Sambutan Hari Kebangsaanndan juga Hari Sabah pada 31 Ogos ini.

nn

Dalam pada itu, beliau mengulas mengenai pengisian sambutannprogram Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Bandaraya padansebelah pagi.

nn

“Setakat ini 180 kontinjen telah memohon untuknmengambil bahagian, termasuklah kontinjen beruniform, tidak beruniform,nkontinjen daripada sekolah-sekolah dan juga persatuan-persatuan.

nn

“Perarakan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnyandua jam dan kita harapkan akan tamat pada jam 11:00 pagi,” ujarnya.

nn

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa Sambutan HarinSabah akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan belia dan generasinmuda.

nn

“Persembahan pada malam 31 Ogos bagi sambutan HarinSabah akan berkisar kepada tema melihat ke hadapan, peranan orang muda dannbagaimana membawa negeri ini ke arah yang lebih gemilang.

nn

“Kita memikirkan bahawa sebenarnya generasi muda inilahnpenentu kepada kecemerlangan dan kegemilangan Sabah,” tambahnya.

nn

Hadir sama, Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Ben ChongnChen Bin, Pembantu Menteri Kewangan II, Datuk Sr. Mohd Ishak Ayub, MayornBandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)