KOTA KINABALU : Yang di-PertuanNegeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-24,nJeneral Datuk Malek Razak Sulaiman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
nn
Menurut Malek, kunjungan itunbertujuan memperkenalkan diri selain berkongsi perkembangan semasa AngkatannTentera Malaysia (ATM) serta usaha memperkukuh peranan pasukan keselamatannnegara.
nn
“Saya juga menyampaikanntaklimat ringkas kepada Tun Musa berkenaan tindakan-tindakan yang diambil untuknkita memartabatkan ATM ini sebagai satu entiti yang ulung dan dipercayai.
nn
“ATM memfokuskan kepadankeselamatan khusus untuk negeri Sabah kerana kedudukan negeri ini yang unik,nbersempadan dengan beberapa buah negara sama ada secara sempadan darat, lautnmahupun udara.
nn
“Dengan kehadiran ATM di darat,nlaut dan udara serta kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Eastern SabahnSecurity Command (ESSCOM), kita dapat memastikan keselamatan Sabah terusnterjamin dan aman,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan berkenaan.
nn
Beliau memberi jaminan ATM akannterus melakukan analisis dan penambahbaikan dari semasa ke semasa baginmemastikan keselamatan negara sentiasa berada pada tahap terbaik.
nn
Malek dilantik sebagai PAT pada 1nFebruari lepas menggantikan Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang bersara wajib padan27 Disember tahun lepas.
