Yayasan Petronas Sumbang 30 Peranti Satelit Bantu Pemuliharaan Penyu

 

KOTA KINABALU : Yayasan Petronas menyumbang 30 unit perantinpenjejakan satelit kepada Marine Research Foundation (MRF) bagi menyokongnpemuliharaan biodiversiti marin di Sabah.

nn

Peranti berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai EksekutifnYayasan Petronas, Nelly Shariah Francis kepada Ketua Pegawai Program MRF,nLiyana Izwin Khalid semasa Majlis Iftar Petronas, pada Khamis.

nn

Menurut kenyataan Petronas, peranti penjejakan itu akanndipasang pada 10 ekor penyu hijau dan 20 ekor penyu sisik di beberapa lokasinstrategik termasuk Pulau Gulisan, Pulau Selingan, Pulau Lankayan, Pulau Sipadanndan Pulau Pom Pom.

nn

Penggunaan teknologi berkenaan bertujuan memetakan habitatnkritikal seperti kawasan rumput laut dan terumbu karang yang menjadi habitatnutama spesies penyu.

nn

Data yang diperoleh dijangka membantu penyelidik memahamincorak pergerakan penyu seterusnya menyokong perancangan pemuliharaan jangkanpanjang serta perlindungan ekosistem marin di negara ini.

nn

Melalui inisiatif itu, Petronas berharap usaha pemuliharaannpenyu dan perlindungan habitat marin di Sabah dapat diperkasa disampingnmenyediakan data penting bagi membantu penyelidik merancang langkahnpemuliharaan yang lebih berkesan dan menyeluruh.

nn

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri PanglimanSr Safar Untong; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr SabinnSamitah; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Datuk Ir (Dr) BachonPilong serta Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Siti AyunAbdul Wahab.