"Bincang Dengan Kerajaan Negeri Sebelum Buat Keputusan" – KM

n

n

n

nKOTA KINABALU: Kerajaan Sabah berharap pandangan kerajaan negeri akan diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di peringkat Persekutuan diumumkan.
n
nKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Kerajaan Persekutuan perlu berhubung dan berbincang dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
n
n
nBeliau berkata, perbincangan penting kerana akhirnya keputusan yang dibuat itu perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
n
n“Kita yang akan melaksanakan keputusan dibuat oleh mereka jadi, pandangan kita perlu diambil kira.
n

n

n

n“Mereka kena tahu dan faham keadaan persekitaran negeri sama ada boleh melaksanakan secara terus atau tidak, sebaik sahaja keputusan diumumkan.
n
n

n

n

n

Shafie Apdal (kanan) menerima sumbangan Covid-19 daripada beberapa organisasi di Kota Kinabalu hari ini.

n

n

n“Itu yang saya minta supaya berikan masa kepada kerajaan negeri untuk membuat persediaan sebelum pelaksanaan dibuat,” katanya ketika mengulas mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai pelaksanaan PKPB seperti diumumkan kerajaan persekutuan.
n
nBeliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Barangan Keperluan Perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Osimal, MSIC Life Insurance Berhad dan Caring Pharmacy.
n
nMenurutnya, biarpun ada yang menyatakan perbincangan sudah dilakukan, namun di peringkat negeri Sabah, tiada sebarang makluman diberikan.
n
nMohd. Shafie berkata, memang mesyuarat menteri-menteri kanan diadakan setiap hari tetapi tidak melibatkan pimpinan negeri.
n
nAtas sebab itu, beliau meminta biarpun tidak dibabitkan dalam mesyuarat, namun sekurang-kurangnya maklumkan kepada kerajaan negeri tentang apa keputusan yang bakal diambil.
n
n“Janganlah lepas buat keputusan, minta kerajaan negeri ikut. Jangan buat begitu, kena juga lihat kapasiti dan persekitaran kita duluan.
n
n“Berbincang dengan kita sama ada kita mempunyai kapasiti untuk laksanakan secara serta-merta. Ini tidak berhubung dengan saya pun,” jelasnya.
n
nDalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan sektor ekonomi berkaitan yang akan dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 12 Mei ini.
n
nKatanya, kerajaan akan melihat sektor berkaitan yang boleh dibuka semasa pelaksanaan PKPB seperti sektor keselamatan makanan, pengangkutan awam, minyak dan gas serta beberapa sektor yang berkepentingan lain.- BorneoToday

n