Kerajaan Sabah bertekad jadi pelopor, peneraju pengurusan GIA di Malaysia

 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan gimik perasmian Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin.

nn

KOTA KINABALU– Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh tadbir urus, integriti, dan antirasuah melalui pelaksanaan Aspirasi Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) yang diperkenalkan tahun lalu. 

Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan Sabah sebagai pelopor dan penanda aras dalam pengurusan GIA di peringkat nasional.

nn

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Integritindan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) telah melaksanakan pelbagai usaha strategiknuntuk memastikan hala tuju GIA tercapai.

nn

“Antara usaha strategik yang dilaksanakan adalahnmemastikan 132 agensi Kerajaan Negeri, termasuk kementerian, jabatan, pejabatndaerah, dan Badan Berkanun Negeri, berjaya membangunkan Pelan AntirasuahnOrganisasi (OACP),” kata Hajiji ketika merasmikan Konvensyen Integriti,nTadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Sabah International Convention Centren(SICC) di sini, hari ini. 

nn

Beliau turut memaklumkan bahawa pemantauan dan pelaporannstatus pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP dijalankan secara maya melaluinSistem i-Dashboard dan i-DO. Malah, Unit Integriti dan Governans jugantelah ditubuhkan di Syarikat Berkepentingan Kerajaan melalui Arahan KetuanMenteri No. 1 Tahun 2023.

nn

Selain daripada usaha OACP, Kerajaan Negeri juganmemperkenalkan dua Pekeliling Integriti Perkhidmatan Negeri Sabah (PIPANS) yangnmenekankan penubuhan Unit Integriti di Perkhidmatan Awam Negeri dan PihaknBerkuasa Tempatan. Sistem aduan turut dinaik taraf kepada Sistem i-Adu 2.0 yangnlebih mesra pengguna dan efektif dalam menyelesaikan aduan-aduan kompleks.

nn

“Sebanyak 44 pegawai Kerajaan Negeri, termasuk pegawaindari Syarikat Berkepentingan Kerajaan, telah ditauliahkan sebagai PegawainIntegriti Bertauliah (CeIO), yang akan memacu usaha-usaha GIA di negerinini,” tambah Hajiji.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bergambar bersama para peserta Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 selepas merasmikan program itu di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Isnin.

nn

Dalam usaha memperkukuhkan penghayatan integriti, Sabahnmenjadi Kerajaan Negeri pertama yang mewajibkan Lagu Integriti dimainkan dalamnsemua majlis rasmi kerajaan.

nn

Hajiji turut memaklumkan bahawa sebanyak 10 minggu integritintelah berjaya dilaksanakan di kementerian dan jabatan negeri, melibatkan semuanpenjawat awam serta syarikat berkepentingan kerajaan.

nn

Kerajaan Negeri juga mewajibkan semua agensi mewujudkannsudut digital GIA di laman web rasmi masing-masing sebagai langkah meningkatkannkesedaran mengenai tadbir urus dan integriti.

nn

Selain BIGoNS, usaha pengukuhan tadbir urus turut disokongnoleh agensi lain seperti Bahagian Audit Dalam yang telah dinaik taraf kepadanJabatan Audit Dalam di bawah Jabatan Ketua Menteri.

nn

Manakala, Kementerian Kewangan Negeri pula menubuhkannJawatankuasa Perunding dan Pengawasan untuk memantau prestasi SyarikatnBerkepentingan Kerajaan berprestasi rendah.

nn

Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), di bawahnJabatan Pembangunan Sumber Manusia, juga mencatat sejarah sebagai institusinpertama di Malaysia yang melaksanakan Modul Integriti dan Antirasuah sebagainsubjek wajib bagi pelajar TVET.

nn

Hajiji menegaskan bahawa komitmen pengurusan tertingginadalah kunci utama kejayaan pengurusan GIA di Sabah.

nn

“Dengan sokongan semua pihak, Sabah akan terus menjadinpeneraju dalam usaha memastikan integriti dan antirasuah diutamakan dalamntadbir urus negeri,” katanya.