![]() |
| Foto ihsan Bomba |
Seramai 25 anggota berserta enam jentera termasuk dua jentera FRT, satu EMRS, satu tangki air, sebuah kenderaan pacuan empat roda (Vigo), sebuah van jenis Urvan dan sebuah lori segera digerakkan dan tiba di lokasi pada jam 10.58 pagi.
“Kebakaran melibatkan keluasan anggaran tiga ekar, manakala dua mangsa dilaporkan melecur di bahagian tangan.
“Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” katanya.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran sepanjang 1,600 kaki serta enam pancutan air yang diambil daripada jentera dan sumber air terbuka.
“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.47 pagi dan operasi tamat pada 2.14 petang setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian” ujarnya lagi.
