![]() |
| Sándor ketika ditemui media |
KOTA KINABALU: Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahunnkepada pelajar Malaysia termasuk dari Sabah sebagai usaha memperkukuh kerjasamandua hala dalam bidang pendidikan serta pembangunan strategik.
nn
Duta Besar Hungary Ke Malaysia, Dr. Sándor Siposnberkata, pendidikan menjadi tunjangnutama hubungan Hungary dan Malaysia termasuk usaha menggalakkan lebih ramainpelajar Sabah melanjutkan pengajian di negara itu.
nn
“Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa setiap tahunnkepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris dinperingkat ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).
nn
“Kita berharap lebih ramai pelajar dari Sabahnmemanfaatkan peluang ini sebelum kembali menyumbang kepada pembangunan negeri.
nn
“Selain pendidikan, Hungary juga melihat potensinkerjasama dengan Sabah dalam bidang peralatan perubatan, biodiversiti sertanperdagangan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungannhormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana SerinKinabalu, pada Selasa.
![]() |
| Sándor (kiri) menjelaskan sesuatu kepada Tun Musa ketika menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa (tiga dari kanan) |
nn
Sandor berkata beliau gembira kembali ke Sabah selepasnlawatan pertamanya sempena Pesta Kaamatan baru-baru ini dan menyifatkan negerinitu mempunyai kepelbagaian budaya, warisan serta masyarakat yang mesra.
nn
Sementara itu, beliau memaklukan Kedutaan Hungary merancangnmenganjurkan ekspedisi saintifik ke Sabah pada Ogos depan bagi memperingatinsumbangan penyelidik Hungary, Franz Xaver Witti, yang pernah menjalankannpenyelidikan di Kudat dan Kota Marudu pada penghujung abad ke-19.
nn
Menurutnya, ekspedisi itu turut melibatkan lawatan kenBanjaran Witti di Sandakan dan Bukit Andrassy di Tawau yang dinamakan sempenantokoh Hungary, sekali gus mencerminkan hubungan sejarah yang telah lamanterjalin antara Hungary dan Sabah.

