UMS bentuk generasi pemimpin muda berdaya saing 

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memberi penekanan terhadappembangunan potensi kepimpinan generasi muda menerusi penganjuran Program Pemerkasaan Kepimpinan Belia dalam Komuniti bertemakan “Youth Rise: Lead and Inspire” yang menggabungkan pendekatan psikologi, sains dan teknologi.

Penyelaras program, Profesor Madya Dr. Getrude Cosmas berkata program itu bertujuanmemupuk nilai dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia, termasuk komunikasiberkesan, keyakinan diri, pemikiran kreatif dan kritis serta kebolehan menyelesaikan masalahdan bekerja secara berpasukan.

“Program ini dilaksanakan menerusi pendekatan SULAM (Service-Learning Malaysia–University for Society) bagi kursus PY30503, Isu-isu dalam Belia dan Komuniti, denganpenglibatan 34 pelajar Program Psikologi UMS.

“Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi sebenar menerusi penglibatan bersama komuniti,” katanya.

Program itu merupakan hasil kerjasama Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial UMS, TVETMARA Kota Kinabalu, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, U-Science UMS serta Program Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS.

Menurut Getrude, pelbagai aktiviti interaktif dan berstruktur dilaksanakan bagi meningkatkankeyakinan diri serta mengasah kemahiran peserta dalam mengurus dan memimpin, selainmemberi pendedahan mengenai kepentingan nilai kepimpinan dalam komuniti.

“Antara pengisian program ialah sesi perkongsian belia bertajuk ‘Kepimpinan Belia: Cabarandan Inspirasi’, selain aktiviti berkumpulan yang dirangka untuk menguji keupayaan pesertamengaplikasikan kemahiran kepimpinan menerusi tiga pendekatan utama, iaitu teknologi, psikologi dan sains,” katanya.

Menerusi aktiviti “Project X: Red Code” berteraskan teknologi, peserta dibahagikan kepadaenam kumpulan dan setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua untuk menyelesaikantugasan di beberapa stesen berdasarkan arahan yang diberikan, sekali gus menguji kemahirankomunikasi dan kerjasama berpasukan.

Pendekatan psikologi pula diterapkan menerusi aktiviti menghasilkan projek menggunakanbahan kitar semula yang memerlukan setiap kumpulan merancang strategi sertamenyesuaikan tindakan apabila berdepan arahan baharu daripada fasilitator.

 

“Cabaran itu menguji keupayaan pemimpin dan ahli kumpulan menyesuaikan perancangan, menangani perubahan serta membuat keputusan dalam situasi tidak dijangka,” katanya.

Sementara itu, pendekatan sains diketengahkan menerusi aktiviti “Water Crisis: Purple Code” yang menggunakan ekstrak kubis ungu, soda dan cuka bagi menggambarkan perubahankeadaan air dalam simulasi krisis pencemaran air.

Menerusi aktiviti itu, peserta perlu berbincang dan mengenal pasti penyelesaian terbaik bagimenangani situasi pencemaran air, selain membuat keputusan secara bersama demi melindungi keselamatan komuniti.

Program diakhiri dengan majlis penutupan yang disempurnakan oleh Haji Abdul Munap Tahir; Pengarah TVETMARA Kota Kinabalu. 

Turut hadir, Ts. Hasrun Mohd Hasan; Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Akademik), Susan A. Anjemeh; Penyelaras Program Kerohanian Peringkat TVETMARA dan Aina Shafinaz Raimi; Pengarah Program.