![]() |
| Kasim ketika ditemui media. |
KOTA KINABALU : Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalun(PBAKK) 2026 akan berlangsung 23 September depan.
nn
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), ProfesornDatuk Dr. Kasim Md Mansur berkata, dianggarkan lebih 100 peserta dari dalam dannluar negara akan mengambil bahagian termasuk dari Sabah, Sarawak, WilayahnPersekutuan Labuan, Kalimantan, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia sertanbeberapa negara lain.
nn
“Pada tahun ini, UMS dengan kerjasama Institut KajiannPembangunan (IDS), Perpustakaan Negeri Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)nakan menganjurkan PBAKK 2026 yang akan berlangsung di Pusat KonvensyennAntarabangsa Sabah (SICC) bermula 23 hingga 27 September depan.
nn
“Selain pesta buku, kita juga akan mengadakannpelancaran beberapa buah buku serta cadangan memperkenalkan Anugerah Piala BukunTerbaik Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang merangkuminkategori Penulis Terbaik, Buku Borneo Terbaik dan Penerbit Buku Terbaik.
nn
“Kita menjangkakan seperti tahun lepas, peserta-pesertanyang akan mengambil bahagian dalam PBAKK 2026 datang dari borneo yang mana kamintelah menjemput rakan-rakan strategik dari Kalimantan, Brunei Darussalam,nWilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak selain turut menjemput rakan strategikndari Filipina, Indonesia dan beberapa negara lain.
nn
“Inilah hasrat UMS untuk mengetengahkan buku-buku yangnberkaitan dengan borneo dan bidang-bidang sains sosial serta sains dalam usahanuntuk mempromosi ilmu pengetahuan kepada warga borneo sendiri,” katanyanketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri,nTun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
![]() |
| Suasana ketika kunjungan hormat berlangsung. |
nn
Menurut Kasim, kunjungan tersebut adalah bertujuan untuknmemaklumkan penganjuran pesta buku berkenaan selain menjemput Tun Musa hadirndan menyempurnakan majlis perasmian pesta berkenaan yang dijadual akan diadakannpada 27 September.
nn
Beliau turut memaklumkan penganjuran pesta buku itu juganadalah dalam usaha untuk membantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)nmengangkat bandaraya Kota Kinabalu sebagai City of Literature (Kota Sastera),nselain mengetengahkan penerbitan berkaitan Borneo dalam pelbagai bidang ilmunkepada masyarakat serantau.
nn
“Salah satu kriteria yang membolehkan sesebuah bandarndinobatkan sebagai City of Literature adalah antaranya melalui penganjurannpameran buku berskala besar.
nn
nn
“Kita menyasarkan pesta ini mampu menarik lebih 150,000npengunjung sepanjang lima hari penganjuran, termasuk pelajar sekolah rendah,nsekolah menengah, mahasiswa serta orang awam,” tambahnya.
nn
Beliau berkata, pengunjung berpeluang menikmati pelbagaintawaran istimewa termasuk diskaun pembelian buku selain menyaksikan pamerannberkaitan STEM, kebudayaan, warisan, bahasa dan penerbitan tempatan.
nn
“Memang hasrat pesta buku ini adalah memberi peluang kepadanmasyarakat untuk melihat buku-buku terbaik dan terkini, selain meningkatkannminat membaca dalam kalangan pelajar serta orang ramai,” katanya.
nn
Selain pameran buku, lebih 50 aktiviti akan diadakannsepanjang pesta termasuk pertandingan mewarna, sesi bercerita, forum, seminar,nbicara buku serta pelbagai program pendidikan yang dikendalikan oleh UMS,nPerpustakaan Negeri Sabah, DBP dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
nn
Sehubungan itu, orang ramai jemputan hadir ke pestanberkenaan yang berlangsung selama lima hari bermula 23 September di PusatnKonvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mulai jam 9.30 pagi hingga 10.00 malam.
nn
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan InovasinUMS, Prof Ir Dr Rosalam Sarbatly, Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Prof Datuk Ts DrnRamzah Dambul dan Pengarah Penerbit UMS, Prof. Dr. Patricia @ PatricianClementina Matanjun.

