Maritim Malaysia Kudat Selamatkan Bayi Berusia Tiga Hari

 

Gambar: Fb Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


KUDAT: Seorang bayi berusia tiganhari diberikan bantuan segera oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (ZonnKudat) untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kudat, di sini.

nn

Pengarah APMM Zon Maritim Kudat,nKomander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne, menyatakan bahawa bayi yangnberusia tiga hari itu telah mengalami demam dan berisiko mendapat jangkitannselaput otak serta serangan sawan di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Bangginsemalam.

nn

Menurutnya, misi bantuan Medevac dilaksanakan dengan menggunakannaset ronda Zon Maritim Kudat, iaitu Bot Halilintar 02, setelah menerimanpanggilan daripada pegawai perubatan klinik kesihatan pada jam 3 petang.

nn

“Bayi diiringi oleh ibunya dan tiga kakitangan kesihatanntiba di Jeti Marina pada jam 5 petang. Bayi kemudian dipindahkan ke ambulansnuntuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat,” katanya dalamnkenyataan media di sini, memetik laporan Utusan Borneo.

nn

Beliau menambah bahawa bayi yangndiberi nama Mohd Adwa Faiq bin Salleh masih mendapatkan rawatan lanjutndan dipantau rapi sehingga keadaannya stabil.

nn

Katanya lagi, sebarang aduan,nmaklumat, atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke Pusat Operasi ZonnMaritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan NG999 untuk maklumnbalas segera.

nn

 

nn