KOTA KINABALU: Hubungan dua hala antaranIndonesia dan Malaysia khususnya Sabah diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatifnmelibatkan bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
nn
Konsul Jenderal Republik Indonesian(KJRI) di Kota Kinabalu, Noorman Effendi berkata Indonesia dan Malaysianmemiliki hubungan yang sangat rapat dan perlu terus diperkukuh dari semasa kensemasa.
nn
“Pertama sekali, hubungan yangnsaya maksudkan meliputi bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, sebagai duannegara yang berkongsi sebuah pulau, saya ingin hubungan ini terus diperkukuh.
nn
“Ramai warga Indonesia yangntinggal di Sabah, sama ada mereka yang telah menjadi warganegara Malaysia,nberketurunan Indonesia, ataupun yang datang sebagai pekerja di sektor ladang,nbukan ladang, mahupun bidang profesional lain di Malaysia.
nn
“Tugas saya di sini tentunyanadalah untuk memberikan perlindungan kepada mereka, dan seperti yang sayannyatakan tadi, memperkukuh lagi hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia,nkhususnya Sabah, supaya menjadi lebih baik,” katanya dalam Media Gathering dinKJRI Kota Kinabalu, pada Rabu.
Beliau menambah banyak perkaranyang laksanakan di negeri ini melaluinpelbagai aktiviti promosi ekonomi, perdagangan, pelaburan serta mempergiatkannpromosi kebudayaan Indonesia.
nn
“Kami ingin memperkenalkannIndonesia bukan sahaja Kalimantan, tetapi juga Sulawesi, Jawa, Sumatera, Bali,nPapua, Maluku dan sebagainya serta memperkenalkan Indonesia memiliki banyaknkeunikan yang menarik untuk diterokai dan dijalinkan kerjasama pada masanhadapan,” jelas beliau.
nn
Dalam pada itu, Noorman memaklumkannKJRI Kota Kinabalu akan menganjurkan program pendaftaran dan pengesahannperkahwinan bagi warga Indonesia yang telah berkahwin secara agama tetapi belumndiiktiraf secara rasmi oleh negara.
nn
Menurut beliau, program tersebut akanndijalankan selama empat hari bermula 18 hingga 21 November ini di Pejabat KJRInKota Kinabalu.
