Tun Musa Tinjau Perkembangan Pusat Islam Sandakan

SANDAKAN : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu, pada Sabtu.


Dalam lawatan itu, Arkitek Projek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar memberikan taklimat kepada Tun Musa mengenai status semasa projek, termasuk perkembangan pelaksanaan, kemajuan kerja serta perkara berkaitan yang memerlukan perhatian.


Pusat Islam Sandakan dijangka menjadi antara kemudahan penting dalam menyokong keperluan masyarakat Islam, selain menyediakan ruang yang lebih sesuai untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.


Turut hadir, Presiden Majlis Perbandaran, Datuk Walter Kenson, Ketua Polis Daerah, George Abd Rakman serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat.