Sebanyak RM62 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan TVET di Sabah.

 

KUALA LUMPUR – Timbalan MenterinPendidikan, Wong Kah Woh berkata kos peruntukan untuk melancarkan projeknpembangunan TVET di Sabah mencecah RM62 juta.

nn

Menurutnya, peruntukan tersebutndiluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Rolling Plan satu dan empat,ndengan kos keseluruhan sebanyak RM197.32 juta.

nn

“Pada tahun 2023 dan 2024,npembekalan peralatan dan perabot Kolej Vokasional Sandakan 2, Sabah berjumlah 1.975njuta ringgit. Tahun 2024, pembekalan peralatan MPV dan MPEI di Sabah melibatkan 8 Sekolah Menengah Kebangsaan berjumlah 145,988 ringgit. Jumlahnya 62.91 juta diperuntukkan untuk Sabah” Katanya di Sidang Rakyat. 

nn

Kenyataan beliau susulan daripada soalannyang diberikan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH Sandakan) mengenai jumlahnperuntukan untuk menaiktaraf bengkel institut TVET terutamanya di Sabah, memetiknlaporan Utusan Borneo.  

Beliau berkata bahawa Kementerian Pendidikan akan sentiasa komited dalam memastikan murid yang mengikuti pendidikan TVET akan didedahkan dengan teknologi dan kemahiran yang terkini.