Busking PENTARAMA Perkukuh Penyampaian Dasar Kerajaan Secara Bersemuka

 

KOTA KINABALU : Program Jelajah Info Busking PENTARAMA XnInfo On Wheel (IOW) menjadi platform strategik kerajaan menyampaikan dasar danninisiatif semasa secara santai dan dekat kepada rakyat.

nn

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkatanpendekatan hiburan bermaklumat yang diketengahkan menerusi PENTARAMA merupakannusaha Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) turun padang mendekati masyarakat,nkhususnya di kawasan tumpuan awam pada hujung minggu.

nn

“Pendekatan PENTARAMA yang menggabungkan elemennpersembahan nyanyian, tarian dan drama pentas membolehkan maklumat serta dasarnkerajaan disampaikan dalam suasana santai, sekali gus memudahkan masyarakatnmemahami, menerima dan menghayatinya,” katanya pada program tersebut dinApi-Api Night Market, Lintasan Deasoka, pada Sabtu malam.

nn

Menurut Jainisah, pelaksanaan program secara bersemuka turutnmemberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengannagensi kerajaan dan pemimpin tempatan, selain mendapatkan penjelasan berkaitannisu semasa serta inisiatif yang dibawa kerajaan.

nn

“Melalui kolaborasi strategik bersama Dewan BandarayanKota Kinabalu (DBKK) dan Tourism Malaysia, program ini bukan sahaja menjadinmedium penyampaian maklumat, malah berfungsi sebagai platform mendapatkannmaklum balas terus daripada masyarakat setempat secara harmoni dannterbuka,” jelasnya.

nn

Jainisah turut memaklumkan Jelajah Info Busking PENTARAMA XnInfo On Wheel merupakan program skala kecil yang dirancang di 10 lokasinterpilih di seluruh Sabah pada tahun ini, dengan Api-Api Night Market sebagainlokasi pertama, bertujuan mendekati masyarakat setempat serta menyemai semangatnperpaduan, patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat berbilangnkaum.

nn

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah DBKK, FaradillahnAbdul Rani berkata program berkonsepkan interaksi secara langsung dilihat lebihnberkesan kerana membolehkan maklumat disampaikan terus kepada masyarakat dalamnsuasana santai dan mesra.

nn

“Pendekatan bersemuka seperti ini memberi impak yangnlebih besar kerana orang ramai lebih mudah menerima maklumat apabila kitanberinteraksi secara langsung. Ia juga membantu menjadikan bandar lebih hidupndan bervariasi,” katanya.

nn

Beliau berkata, DBKK turut memanfaatkan platform tersebutnuntuk menyampaikan mesej kesedaran awam termasuk kempen kebersihan bandar sertanKempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik, yang dilihat lebih berkesan apabilandisampaikan secara langsung berbanding kaedah konvensional.

nn

Di samping itu, Pengarah Tourism Malaysia Sabah, HaryantynAbu Bakar menyifatkan kolaborasi strategik antara Tourism Malaysia, JAPEN dannDBKK sebagai platform efektif dalam mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysian2026 kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

nn

“Platform infotainment seperti ini bukan sahajanmenyampaikan maklumat berkaitan pelancongan, malah menjadi saluran untuknmenyalurkan informasi kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dinSabah,” jelasnya.

nn

Beliau turut berharap program seumpama ini dapatndiperluaskan ke daerah lain termasuk Sandakan dan Tawau, terutama kawasanntumpuan pelancong, bagi memastikan maklumat kerajaan dapat disampaikan kepadanlebih ramai lapisan masyarakat.

nn

“Program itu turut menerima maklum balas positif daripadanpengunjung. Seorang pengunjung, Aslie Mohd Idzman, 46, dari Tuaran, berkatanpendekatan penyampaian maklumat secara menghiburkan memudahkan orang ramainmenerima mesej yang disampaikan.

nn

‘Konsepnya menarik kerana menggabungkan elemen hiburan danninformasi, sekali gus membantu orang ramai, termasuk kanak-kanak dan keluarga,nmemahami maklumat dengan lebih santai,’ katanya.

nn

Program yang berlangsung dari 8.30 hingga 10.30 malam Sabtunitu diisi dengan pelbagai pengisian antaranya segmen ‘Dengar Dulu’ bersama DBKKndan Tourism Malaysia Sabah, edaran risalah, sesi kuiz bersama pengunjung olehnTM Malaysia serta persembahan Info Busking PENTARAMA dengan penampilan khasnBaginda Busker.