TM Sabah Edar 2,000 Pek Bubur Lambuk

 

KOTA KINABALU : Sebanyak 2,000npek bubur lambuk diagihkan kepada masyarakat sempena Program Cahaya Ramadann2026 anjuran Telekom Malaysia (TM) Sabah dengan kerjasama Adabi.

nn

Pengurus Besar TM Sabah, SahriminnMohd Iman berkata, program berkenaan merupakan inisiatif Yayasan TM dannmemasuki tahun kedua pelaksanaannya dengan penglibatan lebih 100 anggota NGO TMnSabah terdiri daripada Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT),nPersatuan Isteri-isteri dan Anggota Wanita Telekom Malaysia (Tiaranita) sertanKelab TM Sabah.

nn

“Program ini diadakannbertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat selainnmenyemai nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam kalangan warga TM sertanmasyarakat.

nn

“Kira-kira 2,000 pek buburnlambuk kita agihkan pada hari ini kepada masyarakat melalui masjid dan juganbarisan hadapan seperti anggota PDRM serta petugas hospital,” katanyanketika ditemui media pada program berkenaan yang berlangsung di Bangunan IPK TMnSabah, pada Khamis.

nn

Beliau yang juga Yang DipertuanBAKIT Sabah berkata, program itu bertujuan memperkukuh ukhuwah dan perpaduanndalam kalangan warga TM Sabah dan masyarakat selain mendidik serta menyantuninsemua golongan tanpa mengira latar belakang.

nn

Selain pengagihan bubur lambuk,nTM Sabah turut melaksanakan Program Bakul Makanan anjuran Yayasan TM yangnmenyasarkan kira-kira 200 penerima dalam kalangan asnaf dan fakir miskin.

nn

“Program bakul makanan ininakan diagihkan bermula 7 Mac pada Program Tautan Ramadan TM Sabah di Tuaran dannkita harapkan ia dapat membantu meringankan beban penerima sepanjang bulan yangnmulia ini,” katanya.

nn

Jelasnya, pengagihan bakulnmakanan turut diperluaskan ke seluruh Sabah termasuk di Sandakan, Tawau dannWilayah Persekutuan Labuan.

nn

“Program ini mencerminkannkomitmen berterusan TM Sabah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnserta menyantuni masyarakat yang memerlukan khususnya sepanjang bulan Ramadannini,” tambahnya.

nn

Hadir sama, Timbalan PengarahnPenerangan Negeri Sabah, Azman Sipan.