KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd. Razali Wahab di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
Razali menjelaskan tujuan kunjungan tersebut bersama isterinya, Datin Dr. Khairiah Abdullah adalah bagi memaklumkan persaraannya setelah berkhidmat sejak September 2025 dan bakal bersara berkuat kuasa pada 14 Oktober 2026.
Sesi kunjungan berkenaan turut dihadiri oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin.
Terdahulu, Tun Musa turut menerima kunjungan hormat daripada Panglima 13 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh.
Kunjungan beliau bersama isterinya, Datin Kiranjeet Kaur Kulwant Singh itu bertujuan memaklumkan persaraannya yang akan berkuat kuasa pada 17 April 2027.
Turut hadir, Penolong Setiausaha Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Mohd. Fadzil Awang.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)