BEAUFORT :nKerajaan negeri menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membawanbekalan ikan dari Sabah ke Semenanjung Malaysia sebagai langkah menanganinkenaikan harga ikan di pasaran.
nn
PembantunMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Ruslan Muharam berkatancadangan itu bukan sahaja mampu menstabilkan bekalan di Semenanjung, malahnmemberi manfaat besar kepada nelayan di Sabah melalui peningkatan pendapatan.
nn
“Hasilnpertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, DatuknSeri Mohamad Sabu sebelum ini mendapati harga ikan di Sabah jauh lebih rendahnberbanding di Semenanjung Malaysia.
nn
“Keadaannini membuka peluang kepada nelayan Sabah untuk memasarkan hasil tangkapan kenpasaran yang menawarkan harga lebih baik,” katanya kepada media selepas MajlisnAnugerah Janang Gayuh di sini, pada Sabtu.
nn
Beliaunmenjelaskan langkah membawa ikan dari Sabah ke Semenanjung dilihat sebagai satunmekanisme strategik bagi membantu nelayan berdepan peningkatan kos sara hidup.
nn
Pada masansama, inisiatif itu dijangka dapat menampung keperluan bekalan ikan negaranserta mengurangkan tekanan harga kepada pengguna di Semenanjung.
nn
Dalam padanitu, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap laporan kematian ikan dinSungai Tagal Kampung Bambangan, Tambunan yang dilaporkan baru-baru ini.
nn
“Masalahnini bukan terjadi di daerah Tambunan saja, malah di Beaufort dan beberapandaerah lain perkara ini turut berlaku.
nn
“Apabilanpembukaan hutan, pembukaan ladang-ladang pertanian yang banyak menggunakannracun rumput ini kesannya sangat membimbangkan terutama kepada alam sekitarnkhususnya di sungai, anak-anak sungai yang mana ada pembiakan ikan, udang dannsebagainya.
nn
“Perkaranini nanti kita akan bawa dalam perbincangan di peringkat kementerian dannInsya-Allah menteri kita akan bawa di peringkat kabinet untuk mencari mekanismenatau cara untuk kita mengurangkan penggunaan racun.
nn
“Mungkinnkita akan hadkan jarak daripada sungai ataupun persekitaran yang sepatutnyanyang dibolehkan supaya ikan, udang kita di sungai tidak terancam daripadanpenggunaan racun ini,” ujarnya.
nn
Ruslannmenambah, isu itu lebih merisaukan memandangkan sumber air dari sungai juganmerupakan keperluan harian yang digunakan oleh penduduk setempat.
