JHEAINS tahan enam ‘lelaki’ berpakaian menyerupai wanita

KUNAK: Enam lelaki ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kunak atas kesalahan berpakaian atau berpenampilan menyerupai wanita, hari ini.

Operasi penguatkuasaan Seksyen 92 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995, yang dijalankan di sekitar daerah itu bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Kesemua individu terbabit dibawa ke Pejabat JHEAINS Daerah Kunak untuk pemeriksaan dan dokumentasi.

JHEAINS memaklumkan, tindakan susulan terhadap mereka turut merangkumi sesi kaunseling serta khidmat nasihat keagamaan.

Maklumat mengenai operasi itu dikongsikan di laman Facebook rasmi JHEAINS Daerah Kunak.